Sunday, October 31, 2010

Pelamin ke nie?

Salam semua...

Mesti korang kate.. Tak habis2 lagi ker R-YuzSha nie buat entry tentang Pelamin? Biarlah orang nak kate ape... Yang penting kite suke melihatnyer...

Sewaktu blogwalking tetibe terjumpe gambar ini... seraya berkate: "Pelamin ke nie?" Nampak sangat simple dan elegant, serba putih.. terberkenan la pulak... Yang paling berkenan sekali tang kerusi dia.. Cantik!!! Lain dari yang lain kan? Backdrop dan curtain semuanyer putih...  siapa yang suke simple pelamin.. you got to see this! Mungkin Abang #1 R-YuzSha ske macam nie kot.. dia ske yang simple2 jew.. nantila nak kabo ke dia..


Malay wedding dais, pelamin untuk majlis bersanding

sekian, 

R-YuzSha

Diriku diTAG oleh Cik Syahira dan akan ku TAG yang lain pulak..

Salam,
Buat semua followers... thank you so much sebab hadir dalam dunia blogku ini..

Firstly... thanks dear cik Syahira for this TAG.. akan dijawab sebaik mungkin.. InsyaAllah..

Soalan-soalanyer...
(1)Apakah yang anda lakukan jika anda marah?
Kalau marah dengan family ke.. kawan ke ataupun buah hati biasanyer R-YuzSha memilih untuk berdiam diri dan bawa diri ~ erti kate lain MAKAN HATI.. sedey ~ Tapi kalau betul-betul marah mulut nie dah tak boleh nak diam lagi dah oooooppsss.. ~bOooOOooM!! Macam Gunung Berapi memuntahkan lavanyer.. adakalanyer macam siren bomba pun ader gak.. kalau dah habis2 sabar mulalah menghamburkan kata-kata suci aka maki..  Sebenarnyer.. R-YuzSha jarang marah.. biasanyer simpan dan perhatikan aje perangai dorg tue, Kalau R-YuzSha marah kang tau pulak sakit hati kan.. -_-  Lagipun bersabarkan separuh dari iman.. (hah..Kan dah keluar sepotong ayat nie..).

(2)Kalau anda terkejut boleh tak buat anda marah
Tak marah....... Nasihat! (sebijik macam dialog Tan Sri P.Ramlee)
ehehheh.. tengok keadaanla kan, takkan nak marah kalau orang buat surprise birthday party untuk kite pulak.. mestilah sangat hepi dan terharu gler.. (Kalau adela..)
Tapi kalau orang sengaja buat kite marah, contohnyer sorokkan barang kesayangan R-YuzSha dan buat R-YuzSha cemas ofcoz la kena marah silap haribulan kuar perkataan suci lagi..

(3)Lama tak anda marah?
Jangka masa tue depends on situations.. Adakalanyer marah kat situ dan habis pun kat situ jugak..  Tapi ada jugak yang makan hari.. nie kire tahap max punyer marahla nie.. ~ kadang-kadang dan jarang-jarang berlaku tahap max nie.. ~
(4)Apa yang anda buat untuk hilangkan marah?
*Untuk hilangkan rasa marah biasanya pujuk hati sendirila kan.. *tidur secepat mungkin.. *layan blog *main game dan banyak lagila aktiviti yang boleh membantu.. dan yang paling mujarab sekali bercerita dengan seseorang.. pastikan seseorang itu pendengar dan penasihat yang baik.. BUKAN tukang bakar, kalau kena bakar jew makin panaslah hati nie kan? Pastikan seseorang yang boleh buat hati kite senang dan tenang..

(5)Selalu tak anda buat orang marah..
Rasanyer tak ade sebab nak buat orang marah.. kan lebih baik kalau diri kita disenangi ramai orang.. tapi kalau secara tidak sengaja mungkinla kan... yang tidak disengajakan kalau sengaja pun macam tak sengaja jugakla... mungkin bersebab...

(6)Kerap tak anda marah?
Kekerapan? alamak... tak surela.. Yang pasti Selagi orang tak buat kite marah tak akan kite tanpa sebab nak marah orang kan? (betul ke susunan ayat nie.. hentam sajelah labu..) Jadi kekerapan bergantung pada orang yang buat kita marah.. kalau banyak.. banyak kali la marah kalau tak kosong jewla.. Lagipun kalau kerap marah kan cepat tua.. takmolah cepat-cepat tua..

lastly, i would love to tag my followers yang lain..

dyn 

WOw... Bocor rahsia sudah..

Sekian, Wassalam..

R-YuzSha

Saturday, October 30, 2010

Pelamin di dalam Taman Kayangan

Salam semua..

Tak kisahlah orang nak kata R-YuzSha giler pelamin ke ape.. R-YuzSha tak kesah tapi R-YuzSha suke untuk berkongsi kecantikkan pelamin yang R-YuzSha jumpa nie.. Macam mane tak cantik.. Perkahwinan Puteri kepada anak Tan Sri S.M Nasimudin pemilik Syarikat kereta terkenal NAZA. Perkahwinan ini diadakan di KLCC..(Kalau tidak salah informasilah).

Hasil tangan siapa agaknyer nie yer.. Cantik sangat!

Flowers tepi tangga Pelamin

Benar-benar macam dalam Taman Kayangan..

Bunga penuh menghiasi seluruh pelamin dan Pelamin itu sendiri berkilau bergemerlapan..

Wonderful arch

Main Table

Main Table decoration Sangat Gorgeous..
source

Kalau R-YuzSha ada duit banyak... Confirm nak jugak buat Wedding sehebat ini..  Alamatnyer dalam mimpi jew la kan? Buat Pasangan ini.. Nadia and Hamzah, Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat.. Amin.

E-day Pelamin Sonia Ziehen

Salam semuanyer..

Entah kenape hari ini R-YuzSha nak kongsikan tentang pelamin.. Tengok pelamin ni, cantikkan? Actually ini baru pelamin bertunang jew nie.. entah cam manela pelamin nikahnyer nantikan? Mesti gorgeous yang amat sangat...


Seperti dalam taman, bewarna tema putih dan kuning..

Pelamin bertunang... Memukau..
 
hantaranyer juge Fabulous...

Sonia Ziehen

Congrats Sonia on your Engagement day!! Really admire your Dais and also hantarans..
Kalau tak salah dah silap.. ini hasil kerja Nas Great Idea.. Kalau salah minta maaf yer dan tolong betulkan okey..

Sekian..
R-YuzSha

Pelamin Blue and Brown

Salam buat semua..

Sesuatu yang indah haruslah dikongsi sebab sharing is caring.. Jadi.. R-YuzSha nak kongsikan gambar yang menarik ini untuk tatapan B2B dan semua yang membaca.. Enjoy!!







Source: Lydia's Wedding Day

Wednesday, October 27, 2010

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA

ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA
PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


Minta izin dari dyn untuk copy info ini.. untuk tatapan pembaca blogku.. 
Semoga kita semua bakal isteri ataupun yang sudah bergelar isteri mendapat manfaat darinyer,
Sekian Terima Kasih.


Ikhlas,
R-YuzSha



Tuesday, October 26, 2010

Memilih Tarikh Perkahwinan Mengikut Hari Dalam Bulan Islam

Salam..

R-YuzSha suka visit B2B blog, terjumpa pula maklumat yang menarik ini dan ingin juga R-YuzSha kongsikan dengan teman-teman yang lain... 

HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.



Ms.KINA minta izin yer mencopy isi kandungannyer.. tujuan hanya untuk berkongi info yang menarik ini.

Color palette for My E-day

Warna Tema untuk Majlis pertunangan R-YuzSha nanti berwarna pink.. 
Here are some of the color palettes that I have found for my engagement theme color. 
Check this out..



Which one is it? Fushia Haze or Peony Pretty? 
I don't mind as long as there is pink color in it.. heheheh..


Sunday, October 24, 2010

DIY: E-day Hantaran

Salam buat semua...

Selamat datang kembali, terima kasih kerana menjadi teman setia yang sudi membaca coretan yang kurang sempurnaku ini. Selagi belum tiba waktu bertunang, selagi itulah R-YuzSha ada masa untuk men-DIY-kan hantaran R-YuzSha..

Jadi untuk membuat hantaran R-YuzSha yang sudah confirm bertemakan PINK, R-YuzSha dan bonda sudah pun membeli foam, sponge dan kertas warna pink serta bunga pink dan inilah hasilnyer.. Taddaaaa...


I Lurve the pink color.. Very soft pink and suweet... (pada mata I onlyla kot.. u? i don't know..) 
Actually foam ini masih belum siap lagi becoz I belum letak renda yang I dah beli sebab ada lagi kekurangan kain for this foam. Bukan takmo beli tapi kain yang I nak guna untuk balut hantaran ni dah habis. Owner kedai tue kata dia akan cal I kalau stock dah ada. I still have time and I can wait for the stock jadi kenalah tunggu..

Tapi sebab I dah tak sabar nak tengok macam mana lebih-kurang hasilnyer jadi R-YuzSha pun trylah display barang hantaran yang ada walaupun serba kekurangan but at least I know the end product cam mane rupenyer nanti... Jadi lebih kurang macam nielah antara hantaran pertunangan R-YuzSha nanti..


Masih perlu di make-up dan di dress-upkan lagi hantaran ini but kalau over dress-up pun tak cantik pula nantikan? Ape pun tunggula nanti.. mudah-mudahan didatang idea dan kreativiti yang dapat membantu, InsyaAllah. Anyway, Thanks to bloggers especially ~adda~ yang sudi beri komen untuk R-YuzSha.. More comments are welcome and appreciated. Thank You.


Lots of Lurve dan Ikhlas dariku,
R-YuzSha

Wedding Reception di De Palma Hotel

Salam Sayang Semuanyer...

Semalam 23 October 2010 , R-YuzSha dan keluarga menghadiri sebuah resepsi perkahwinan di hotel De Palma Ampang.. Memang meriah makanannyer pun boleh tahan sedap ataupun sebab R-YuzSha sangat lapar ke tak tahula kan? Bila dah lapar semua pun kata sedap jew.. hehehhe.. yang penting, enjoy~

Kat sini R-YuzSha nak kongsi gambar yang sempat di ambil di Resepsi tersebut.. buat apa nak tulis panjang berjela-jela jadi gambar yang ada ini dapatlah menceritakan segalanya yang ada tentang majlis tersebut..
Kesempatan ini juga, R-YuzSha dan keluarga nak ucapkan jutaan Terima Kasih kepada keluarga Pengantin especially Aunty Tipah and family sebab sudi menjemput kami sekeluarga. Semoga kedua mempelai kekal bahagia hingga ke akhir hayat, Amin.

Pelamin Suci Bersih, Bewarna Tema Putih.
Kedua Mempelai tersenyum gembira melangkah ke meja santapan
Pengantin di Meja Santapan
Food Presentation by Hotel team
Tayangan Video dan Slide show 
Mempelai di atas pelamin

Antara tetamu yang hadir..
Pengantin di Meja Santapan
Acara memotong Kek

Kemudian... Majlis Bersurai. 
Mohon Maaf sebab gambar yang diambil tak cantik dan tak jelas disebabkan hanya menggunakan kamera handphone saje. Sekian, Terima Kasih.


Tulus dan Ikhlas,
R-YuzSha

Thursday, October 21, 2010

Al-Fatihah...

Salam Semua,

20/10/2010 Seorang hamba Allah telah kembali ke Rahmatullah, Syed Mustaffa bin syed hadad. Semoga Roh beliau di rahmati Allah dan mendapat keampunan dari Maha Esa di atas segala kesilapan dan kekhilafan beliau. Juga buat semua muslimin dan muslimat. Al-Fatihah...

Tuesday, October 19, 2010

DIY: Hantaran Sejadah


Salam semua,

Nak kongsila.. tentang hantaran tunang, kata orang selagi kita mampu dan boleh buat sendiri semua perkara selagi itulah kita nak buat semuanyer, Kalau boleh R-YuzSha pun nak buat semuanyer sendiri termasuklah baju bertunang..(kerja gile namanyer kan? Jahit pun tak pandai ada hati nak jahit baju sendiri..) biar orang kata tak cantik pun tak apalah! janji hati R-YuzSha senang dan bangga dengan hasil kerja sendiri.. hehehe.. Tapi takdelah sampai memalukan diri sendiri pulak.. R-YuzSha nak belajar mengubah hantaran sendiri.. Jadi inilah dia hantaran kain sejadah yang sudah R-YuzSha gubah.. Macam mana? okey ke tak okey?







Budget nak gubah hantaran ni ala-ala inggerisla tapi tengoklah ni.. ntah apelah rupe hantaran R-YuzSha ni, tapi takpela kan masih ada masa lagi untuk gubah lagi. Dan sy masih dalam proses pembelajaran.. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.. Jangan marah.. 

Wassalam..

R-YuzSha

Tuesday, October 12, 2010

DIY #1: Invitation card for cowboy party

Salam semua...
Rasanya sudah maklumkan my nephew akan menyambut Birthdaynya yang ke-2 di bulan November nanti. Jadi kat sini R-YuzSha nak kongsikan cara membuat kad undangan simple yang bertemakan cowboy.

Mula-mula sekali lukiskan bentuk cowboy hat dan potongkan ia seperti ini.
Kemudian potongkan topi tadi di atas kertas kad seperti dibawah ini.
Untuk Kad yang sudah di potong bolehlah di dekorasikan dengan riben seperti dibawah ini.
Dibelakang topi tadi bolehlah tulis details tentang Birthday seperti masa, tarikh tempat dan waktunya.

Sekian, Terima Kasih...



Perkahwinan di janda baik

Salam semua..

09/10/2010 yang lalu R-YuzSha dan bonda bersama saudara-mara menghadiri sebuah Majlis perkahwinan di Janda Baik yang bertemakan Melayu-Arab. Suasana sangat meriah dengan pelbagai nyanyian dan tarian. Yang paling menarik sekali Samrah, Tarian arab yang dipersembahkan oleh Syed Kadir Agil. Sangat memukau tetamu yang hadir. Terlalu ramai yang hadir tapi R-YuzSha tidak dapat ambil banyak gambar memandangkan R-YuzSha hanya menggunakan kamera telefon sahaja.. Jadi inilah antara gambar yang boleh dikongsikan bersama.

Pelamin 


Antara barang hantaran kedua-dua mempelai


Tetamu yang hadir memerhatikan tarian samrah dipentas

Khemah Utama

Cantik! Perkahwinan dalam taman
Secara keseluruhannya memang cantik! Mak pengantin tak menang tangan melayan tetamu yang hadir..
Terima Kasih kerana mengundang kami semua. Semoga Pasangan Pengantin ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Tuesday, October 5, 2010

Hellooo...

Persiapan pertunangan? No.. no.. no.. tapi persiapan yang akan dibuat ini untuk menyambut Hari Ulang Tahun ke-2 anak buah saya yang sangat comel tue bulan depan.. dengan tema "cowboy". So sekarang nie R-YuzSha dan adik tengah fikir apa yang harus kami buat sekarang nie.. okey.. Jumpa lagi nanti insyaAllah.

source: google


Wassalam,
R-YuzSha

Please click me

Followers

Follow me