Thursday, July 15, 2010

Perkahwinan Berkonsepkan Tradisional?







Salam Sayang...

Konsep Perkahwinan yang berbagai-bagai pada zaman sekarang ini sangat memeningkan kepala bukan sahaja  kepada perunding perkahwinan bahkan juga ahli keluarga yang terlibat, Antara konsep yang selalu menjadi pilihan pasangan mempelai ialah konsep perkahwinan ala inggeris, konsep perkahwinan diraja, konsep perkahwinan dalam taman, konsep bali, konsep fairytale, konsep jawa, konsep tradisional dan bermacam-macam lagi yang menjadi impian pasangan mempelai menjelang hari bahagia mereka.

Untuk paparan kali ini, R-YuzSha ingin berkongsi tentang konsep perkahwinan ala tradisional kerana abang #1 telah memilih konsep ini bagi melangsungkan hari yang bersejarah buat diri dan pasangannya nanti. Konsep Tradisional Melayu mempunyai kehalusan, kesenian, kesopanan dan kebudayaannya yang tersendiri. Bila R-YuzSha memikirkan konsep tradisional, minda ini terus membayangkan baju melayu, kain songket, ukiran-ukiran kayu, silat, tarian melayu, permainan congkak, perahu dan tandu.Wah! sarat minda ini membayangkan semuanya itu.  

Pertama sekali bila kita memikirkan perkahwinan, pakaian adalah perkara utama yang kita fikirkan. Pakaian yang bersesuaian untuk konsep ini ialah Baju melayu dan kain songket bagi pengantin lelaki dan Baju Kurung atau Kebaya untuk pengantin perempuan. Mungkin lebih nampak tradisional lagi kalau kedua-duanya berbaju songket dan ditambah pula pengantin perempuan bersanggul kemas. 

source: Google- Songket penuh. 
Mempelai Berbaju songket sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua.

gambar nikah aida gadis melayu
source: http://beautifulnara.com

Gambar di atas agak menarik perhatian R-YuzSha bukan sahaja kerana pasangan mempelai yang sepadan tapi juga kerana semua pengapitnya berkain batik.. bagaikan dalam cerita melayu lama. Tapi R-YuzSha rasa kalau kain batik yang mereka pakai sedondon dari segi corak dan warnanya, mereka akan nampak lebih cantik lagi. 

gambar nikah aida gadis melayu
Alunan lagu dari peralatan muzik tradisional mengiringi mempelai ke singgahsana. Bagaikan Zaman Kesultanan Melayu Melaka gamaknya.

gambar nikah aida gadis melayu
source: http://beautifulnara.com
Menunggang kuda... idea yang baik, tapi mungkin lebih nampak mesra sekiranya pasangan mempelai menunggang seekor kuda bersama, lebih nampak romantiskan? 

source:google-AISHAH NAWAWI GENERASI KETUJUH KETURUNAN MAHSURI

source:google
Raja dan Permaisuri diusung hulubalang istana..
Menaiki tandu lebih tampak tradisionalnya...

Jadi yang mana satu agaknya yang bersesuaian,
Nanti hamba usulkan yang mana satu pilihan.. 
Kalau tiada yang abang hamba berkenan, 
alamatnya kenalah hamba tanya pada teman-teman..

Singgahsana indah menanti pasangan mempelai.. tapi yang macam mana yang diimpikan?

source:google

R-YuzSha rasa Singgahsana ini sangat cantik, ringkas dan bersesuaian dengan konsep tradisional yang diinginkan. Duduk bersila dan bersimpuh dengan penuh adab dan kesopanan menampakkan tingginya nilai dan budaya melayu. Kayu yang diukir indah menonjolkan lagi kehalusan dan keaslian seni melayu. Inilah keunikan warisan yang hampir dilupakan. Jadi kita haruslah berbangga untuk mewarisi adat dan budaya kita supaya ia terus kekal dan berkembang untuk generasi yang akan datang.

Antara pelamin yang mempunyai ciri-ciri tradisional yang boleh dikongsi:
source: Google- makan2jalan2.blogspot.com

source:google

source:google



Persembahan tarian dan silat menyerikan lagi Majlis Perkahwinan yang berkonsepkan melayu tradisional..

Source: Google - 
Tarian Melayu, lemah-gemalai lenggoknya boleh memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

source: Google 
Seni Silat, seni mempertahankan diri warisan zaman berzaman.

Ternyata untuk membuat persiapan sebuah Majlis Perkahwinan tidaklah semudah yang dilihat, banyak lagi rujukan yang harus dibuat. Jadi sekiranya ada pendapat dan soalan yang ingin ajukan, sudi-sudikanlah meluahkan, amatlah berbesar hati hamba mendengarnya.. InsyaAllah berjumpa lagi..

Wassalam...











No comments:

Please click me

Followers

Follow me